Wednesday, September 21, 2011

Sakura Clinic Trip........

Hari ni bangun awal pukul 3.30am, belum subuh pun lagi. Rasa senak kat perut. Mula2 ingatkan sakit perut biasa nak buang air besar. Lepas buang, makin sakit pula, merebak sampai ke pundi kencing, mula rasa susah nak kencing, ore kato kecing dok lawah..Ya Allah, sakitnye...rasa pedih dan melilit kat perut!!

Minum air masak 2 gelas, ingatkan nak senangkan pengaliran air rupa2nya makin sakit pula pundi kencing. Tak boleh jadi ni, kalau x jumpa doc, mahu pecah nie. Terpaksa la tahan sebab klinik Sakura open pukul 8.30am. Bertolak pukul 8.00am. Sampai je, dah ada org menunggu.

Sementara menunngu, pikir2 nak ckp apa ye kat doc ni. Doc tahu ckp omputih sikit2 je. Nak bagi doc ni paham kena campur nihongo sikit ni. Google la kat dlm iphone pakai google translate. Nak translate word `kidney stone`. YATTAA!! translation nye 腎臓結石 (Jinzō kesseki)..entah betul entah tak. Belasah je la..

Sampai giliran, bagitahu la doc sakit batu karang nie. Mujur la doc tu paham bila tunjuk kanji ni, hehehe..Doc kata maybe, doc nak buat urine test dulu sebelum confirm. Alamak, camne nie, tadi aku nak kencing kat rumah pun x boleh, rasa x keluar pun. Tak pe la, cuba je la. Nasib baik, boleh kencing...

Tunggu urine test tak sampai 5 minit, doc panggil masuk balik. Hasil urine test, ada `microscopic bleeding` means that urine contain small amount of blood. Big possibility, ada batu karang. Sepaham aku (sbb doc tu ckp omputih basic slang jepang), kata doc., kalau sakit on off tu maknanya batu karang tu kecik lagi & dlm mode `bergerak`. Tu yang sakit sbb that stones will definitely scratch salur kencing/saluran kidney ke bladder. Kalau besar pula, tak sakit sbb tiada movement tetapi kidney akan tersumbat, menyebabkan bengkak dan seterusnya boleh pecah. Ni yang takut nie...

Doc bagi 2 jenis ubat. Satu ubat makan & satu lagi ubat masuk buntut. Katanya makan dulu ubat tu, kalau still rasa sakit selepas 5 ~ 6 jam, baru masuk ubat buntut utk legakan kesakitan. Kalau still sakit lagi, datang lagi ke klinik.
Ubat doc bg tu:
1. Oral : Ketoprofen
2. Supp : Lorfenamin (Lexoprofen)

Harap2 Ok la lps dpt rawatan nie. MasyaAllah sakitnye batu karang ni. 1st time kena.

No comments:

Post a Comment