Tuesday, October 31, 2017

tutorial baby hat

tutorial simple je untuk baby hat. macam biasa pola dapat dari cikgu google. 



potong kain knit 2 keping seperti dalam gambar di atas. potong kain rib pun 2 keping tapi i derhaka sikit. i lipat 2 rib so potong sekeping je.


kemudian jahit pada bahagia. atas seperti gambar untuk kedua dua keping kain.


cantumkan 2 keping tadi 


jahit cantum rib seperti rib untuk mittens

lipat 2 rib yg dah dijahit dan cantumkan dengan kain bahagian atas tadi.


inilah hasilnya baby hat dan juga mittens dari posting sebelum ini.

Monday, October 30, 2017

tutorial baby mittens

kali kedua nak buat tutorial. kali ini kita tunjuk macam mana nak buat baby mitten for newborn baby. sekarang ini memang trend kain knit aka tshirt. kalau yang dah profesional tengok tutorial ini pejam mata lah ye. maklumlah tutorial dari orang amatur je. belajar jahit pun dari google.

bahan2 yang diperlukan..mcm nak masak pula.
1. kain knit
2. kain rib
3. pola (saya download dari internet. tak ingat dari website mana. so kalau nak boleh google je).

step:
1. tekap pola atas kain dan potong 4 keping seperti dalam gambar


2. jahit cantum 2 keping seperti dalam gambar



3. potong kain rib . ukuran agak2 muat tangan baby yg comel.
4. lipat 2 kain rib dan jahit

5. kain rib selepas jahit



6. lipat 2 kain rib yang telah dijahit. cara yg sama untuk buat cuff pada tangan dan kaki seluar. dan cantum dengan bahagian sarung yang kita telah cantum dalam step kedua tadi. hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah


comelkan mitten ni. bila2 rajin kita buat tutorial untuk baby hat pula ye. happy sewing




Saturday, October 28, 2017

tempahan tshirt

Dah lama tak update blog ini dah bersawang  hehe...sekarang dah buka tempahan utk custom tshirt..nursing tshirt..palazo knit cotton or lycra..set mitten bootie and baby hat.. whatsapp 0167742083 kalau nk tempah..jom jamu mata

















Friday, May 5, 2017

tempahan tshirt 1

Alhamdulillah..dah setahun menjahit baru ada keyakinan untuk ambil tempahan menjahit. selalunya jahit untuk family jer.






Sunday, April 30, 2017

newborn baby girl set

I managed to download some free pattern for bootie..mitten..hat and tunic shirt. so i just tried to sew this pattern since i have this beautiful fabric.

sweet right? 

diy nursing blouse

First time cuba buat nursing blouse jenis selak. kadang2 igt jahit ni nak jimat..tapi end up harga lebih kurang beli kat kedai jer sebab kita beli kain sikit2 so harganya mahal la compared dgn kedai yang beli kain borong. tapi sebab minat so ku belasah je.



Tuesday, January 17, 2017

man boxer

custom made boxer for my husband..haha selalu sangat komplen susah nak dapat saiz..nah..boxer man of steel lagi...banyak beli kain2 superhero untuk anak2 so try la buat boxer dia guna cotton lycra..kain ni memang best pakai..lembut..sesuai buat boxer...

nak buat tutorial asyik lupa je nak snap gambar step by step..huhu