Monday, September 19, 2011

Lake Hamana Garden Park

Nak buat apa ye cuti hari ni? Emmmm...kita gi Hamana Lake Garden Park la, haikal n hakim mesti suka main air nie, lagi pun masuk adalah percuma....
Dah tahu lama dah kat sini budak2 boleh main air pancut2 free tapi tiada kemahuan nak pergi, tapi kali ni , kita pergi la merasa....
Ingatkan tempat ni dekat dengan zoo Hamamatsu. So, ambil no telefon, set kat Navi sebagai guidance tapi nak ikut jalan biasa pergi zoo atau flower garden park. Tengok sekali imbas Navi ni macam route jalan lain je, lain terus dari jalan pergi zoo.?? emmm...ok la, HM kata ikut try cuba test route Navi ni la. Mana tahu kot2 jalan shortcut ke., ada pemandangan menarik ke tgh jalan or terserempak dgn benda baru ke dalam journey. Ikut punya ikut akhirnya sampai. Rupanya jauh menyimpang dari jalan ke zoo. Nasib baik tak ikut jalan biasa ke zoo, hehehe..mahu rugi duit minyak..

Sampai kat Hamana Lake, parkingnya besar dan banyak. Nasib baik dapat parking dekat dengan jalan masuk. Pungah barang dr van, jalan kaki, tempat di tuju ialah Water Square. Mujur sekejap je jalan kaki. Jam pukul 11.15am, orang dah ramai. Cari tempat teduh, letak barang.

Mula2nya, haikal n hakim tak mahu join main air. Biasala budak2 nie, mula2 malu, pas tu tak ingat dunia main..hehehe. Pas tu, ajak slow2 diorg main, baru nak main, Mcm biasa la, tak ingat dunia..hehehe. Adik hakim penakut sikit...












Akhirnya pukul 1.00pm, haikal tak mahu main dah..penat nak balik katanya.
Haikal kata `Abah, kenapa tangan haikal macam nak cabut ni?`
Hah? Nak cabut? oooo..rupa2nya jari haikal dah kecut2 ...


Pukul 1.30 pm, bertolak balik ke rumah.












No comments:

Post a Comment