Tuesday, December 19, 2017

again..hasil crochet



practice make perfect 😍😍. next project utk hari guru 2018. mampukah..insyaAllah 💪💪

Monday, December 11, 2017

sling crochet water carrier

Alhamdulillah dapat siapkan versi sling..galas je kat bahu kan..😉😉 

tutorial banyak dekat google..next siapkan untuk anak2 pula..

Tuesday, December 5, 2017

crochet

my current obsession 👇👇



of course tak perfect masih dalam proses belajar..so kita cuba lagi..masa mula2 buat untuk botol 1l..3 hari baru siap..now dah improved sikit..1hari jer 😊😊

Sunday, April 30, 2017

newborn baby girl set

I managed to download some free pattern for bootie..mitten..hat and tunic shirt. so i just tried to sew this pattern since i have this beautiful fabric.

sweet right? 

diy nursing blouse

First time cuba buat nursing blouse jenis selak. kadang2 igt jahit ni nak jimat..tapi end up harga lebih kurang beli kat kedai jer sebab kita beli kain sikit2 so harganya mahal la compared dgn kedai yang beli kain borong. tapi sebab minat so ku belasah je.



Tuesday, January 17, 2017

man boxer

custom made boxer for my husband..haha selalu sangat komplen susah nak dapat saiz..nah..boxer man of steel lagi...banyak beli kain2 superhero untuk anak2 so try la buat boxer dia guna cotton lycra..kain ni memang best pakai..lembut..sesuai buat boxer...

nak buat tutorial asyik lupa je nak snap gambar step by step..huhu

Saturday, January 7, 2017

DIY baby hat mitten and booties

Dah agak lama cuti menjahit sibuk jaga anak kena hfmd dan chicken pox. bersambung sambung sakitnya. pening kepala mak ayahnya. weekend ini pun masih kuarantin sebab parut2 pada 2 beradik ni masih ada. minggu depan masib lagi tak pergi nursery. maknya pula tak dapat cuti tanpa rekod jaga anak sakit..huhu

bosan2 kat rumah godek pinterest untuk pattern topi mitten n booties. dapat la download free pattern. link tak ingat.
saya guna kain rib knit yg seller bagi sbg free gift..jom tengok hasil yang tak seberapa ni



inilah budak hfmd dan chicken pox. baju tidur pun mama jahit guna baby knit terry dan stripe. kain star ini sangat best. ada lagi satu kain knit terry car. belum decide nak buat apa.

ok happy sewing everyone

Sunday, December 25, 2016

stardust shirt and short pants

First time buat pattern ni without pola. buat pola suka hati potong jadi star dan jahit. banyak nak kena improve. seluar pun sama tak ada pola. terus ukur dan potong. kemudian jahit. maka inilah hasil yang tak seberapa .


Saturday, December 10, 2016

baby set sesame street

Projek hujung minggu. set baju baby size 0-6 bulan.
pattern pajama download dari internet. sleeveless tekap baju yang ada. romper pun tekap romper yg ada.

Monday, November 21, 2016

hoodie shirt

musim hujan ni hoodie shirt mcm best sikit pakaikan pada hafiy..boleh tutup kepala walaupun berpayung kadang-kadang kena juga tempias hujannya. banyak juga buat tshirt berhoodie ni untuk anak anak dan anak sedara. jom tengok koleksi tak seberapa ni..





puas hati dapat jahit dan tengok anak anak pakai baju yang mama jahit. Anak anak pun suka pakai baju mama jahit. selalu request dengan mama nak baju sama mcm baby hafiy.

ada tak yang nak tutorial jahit hoodie tshirt. kalau ada yang nak. nanti saya uasahakan buat tutorial.

Happy sewing
bye

Saturday, October 8, 2016

Cardigan

pagi ini tak ada aktiviti kat luar so ambil kain ni potong buat cardigan untuk khyra. Buat 1 set dgn palazo. tapi palazo belum siap.

Saturday, August 13, 2016

D.I.Y CLOTH DIAPERS

bila dah ada mesin jahit ni macam macam boleh buat. terbaru cuba buat cloth diaper untuk baby hafiy. dah tekap pola pada kain minta tolong abang haikal nhakim potongkan. dpatla siapkan 9 soakers dan 6 cd..so kena pre wash 3 4 kali dulu untuk menaksimakan proses penyerapan.


inilah hasilnya...boboi so cd mestilah boboi printed...

Thursday, July 21, 2016

pajamas robot

hari ini abang haikal pergi camping..dekat jer tapi rumah terasa sunyi...selalu riuh rendah rumah..weekend lepas sempat jahitkan 2 pasang baju tidur dan sehelai seluar pendek untuk abang haikal...


sepasang lagi tak sempat nak snap gambar...hopefully abang haikal ok kat temoar camping...huhuhu...rindu betul kat haikal  ...

Wednesday, July 20, 2016

spiderman in the house

mood menjahit dah makin kurang sejak baby hafiy dah pandai merangkak. lagi satu dia memang tak boleh duduk kalau tak nampak mama dia..huhu..manja sangat si kecik ni..kalau nak jahit pun..jahit kejap kejap jer..so 3 4 hari baru siap sepasang...sebelum ni 2 pasang sejam..dari potong kain..

latest edition untuk baby hafiy...hihi..sian baby hafiy tak banyak beli baju..semua made by mama...
ok happy sewing..

Saturday, June 4, 2016

pajamas tom n jerry

Macam biasa balik kerja hari khamis mesti nak merempit jahit cotton knit yang bertimbun dalam bilik tu. Minggu ni balik lewat berbanding minggu lain sebab student beepusu pusu nak bentang projek.
Walaupun balik lambat, projek merempit masih diteruskan. Petang tu buatkan baju tidur untuk hafiy. Bahagian leher dab bawah kaki seluar guna rib cotton warna grey. Bawah baju dan lengan jahit coverstitch. Testing coverstitch yang baru sampai. Berdebar tunggu mesin coverstitch sebab beli online..dah ler barang mahal kan.



Macam biasa model sado in action..
Happy sewing..😍😍

Wednesday, June 1, 2016

simple knit cotton dress

Hasil dari lebihan kain ini dapatla buat sehelai dress untuk kanak2 2-3tahun..siapa yang nak pakai eaaa..kat rumah ni semua boboi..huhuhu...
 Inilah rupa simple dress..tersangat simple.. lukis pola atas kain je..potong dan jahit..bila dah siap nampak kosong pula... so google la cara nak buat riben...
 tadaaaa...nampak gojes pula bila dah letak riben... i likeeee.... tapi tak ada model gebussss nak gayakan dress ni...huhu
terpaksala ambil model sado ni...

Monday, May 16, 2016

raglan tshirt

Semenjak dah jumpa lubuk2 cotton knit dan yang seangkatan..mmg kejanya jahit tshirt anak jer...paling suka buat raglan..tutorial  banyak kt google. Belajar raglan ni pun dari google. Dan hasilnya



Happy sewing everyone 😉😉..dah free skit nanti boleh la buatkan tutorial raglan shirt ini 😅😅


Thursday, April 28, 2016

tutorial seluar untuk anak

 1. Tekap pola pada kain. Pola boleh lukis atau download dari internet.

 2. Dah tekap..boleh potong kain. Bila bentangkan kain jd mcm kat atas.

 3.  Lipat kembali kain dan jahit bhg kaki utk cntum. Bahagian punggung jgn jahit lagi.
 4.  Terbalikkan satu seperti dlm gambar. Satu lg biar dalam keadaan wrong side.

 5.  Lipat seluar spt gmbr kt atas untuk senangkn proses seterusnya.
 6. Ambil bhg depan masukkan ke dalam bhg seluar yang wrong side.
 7. Samakan hujung kedua dua bhg seluar. Dan jahit sepanjang bhg untuk cantumkan bhg punggung.
 8. Hasil jahit spt gambar kt atas.

 9. Bila buka. Hasilnya mcm kt atas

 10.  Dah siap cntum.

 11. Jahit getah pd bhg pinggang.

 12. Jahit bhg bawah kaki.
13. Siap sehelai seluar...

Wednesday, April 27, 2016

peplum shirt

 Buat peplum untuk anak saudara. Tengok dlm fb baju2 peplum ini comel sangat. So google la tutorial peplum.  Ini saiz untuk baby.
 ada lebihan kain. So buat lagi satu. Tapi kali ini bhg bawah jahit tepi halus.
model paksa rela..hihihi