Saturday, August 13, 2016

D.I.Y CLOTH DIAPERS

bila dah ada mesin jahit ni macam macam boleh buat. terbaru cuba buat cloth diaper untuk baby hafiy. dah tekap pola pada kain minta tolong abang haikal nhakim potongkan. dpatla siapkan 9 soakers dan 6 cd..so kena pre wash 3 4 kali dulu untuk menaksimakan proses penyerapan.


inilah hasilnya...boboi so cd mestilah boboi printed...

Thursday, July 21, 2016

pajamas robot

hari ini abang haikal pergi camping..dekat jer tapi rumah terasa sunyi...selalu riuh rendah rumah..weekend lepas sempat jahitkan 2 pasang baju tidur dan sehelai seluar pendek untuk abang haikal...


sepasang lagi tak sempat nak snap gambar...hopefully abang haikal ok kat temoar camping...huhuhu...rindu betul kat haikal  ...

Wednesday, July 20, 2016

spiderman in the house

mood menjahit dah makin kurang sejak baby hafiy dah pandai merangkak. lagi satu dia memang tak boleh duduk kalau tak nampak mama dia..huhu..manja sangat si kecik ni..kalau nak jahit pun..jahit kejap kejap jer..so 3 4 hari baru siap sepasang...sebelum ni 2 pasang sejam..dari potong kain..

latest edition untuk baby hafiy...hihi..sian baby hafiy tak banyak beli baju..semua made by mama...
ok happy sewing..

Saturday, June 4, 2016

pajamas tom n jerry

Macam biasa balik kerja hari khamis mesti nak merempit jahit cotton knit yang bertimbun dalam bilik tu. Minggu ni balik lewat berbanding minggu lain sebab student beepusu pusu nak bentang projek.
Walaupun balik lambat, projek merempit masih diteruskan. Petang tu buatkan baju tidur untuk hafiy. Bahagian leher dab bawah kaki seluar guna rib cotton warna grey. Bawah baju dan lengan jahit coverstitch. Testing coverstitch yang baru sampai. Berdebar tunggu mesin coverstitch sebab beli online..dah ler barang mahal kan.



Macam biasa model sado in action..
Happy sewing..😍😍

Wednesday, June 1, 2016

simple knit cotton dress

Hasil dari lebihan kain ini dapatla buat sehelai dress untuk kanak2 2-3tahun..siapa yang nak pakai eaaa..kat rumah ni semua boboi..huhuhu...
 Inilah rupa simple dress..tersangat simple.. lukis pola atas kain je..potong dan jahit..bila dah siap nampak kosong pula... so google la cara nak buat riben...
 tadaaaa...nampak gojes pula bila dah letak riben... i likeeee.... tapi tak ada model gebussss nak gayakan dress ni...huhu
terpaksala ambil model sado ni...

Monday, May 16, 2016

raglan tshirt

Semenjak dah jumpa lubuk2 cotton knit dan yang seangkatan..mmg kejanya jahit tshirt anak jer...paling suka buat raglan..tutorial  banyak kt google. Belajar raglan ni pun dari google. Dan hasilnya



Happy sewing everyone 😉😉..dah free skit nanti boleh la buatkan tutorial raglan shirt ini 😅😅


Thursday, April 28, 2016

tutorial seluar untuk anak

 1. Tekap pola pada kain. Pola boleh lukis atau download dari internet.

 2. Dah tekap..boleh potong kain. Bila bentangkan kain jd mcm kat atas.

 3.  Lipat kembali kain dan jahit bhg kaki utk cntum. Bahagian punggung jgn jahit lagi.
 4.  Terbalikkan satu seperti dlm gambar. Satu lg biar dalam keadaan wrong side.

 5.  Lipat seluar spt gmbr kt atas untuk senangkn proses seterusnya.
 6. Ambil bhg depan masukkan ke dalam bhg seluar yang wrong side.
 7. Samakan hujung kedua dua bhg seluar. Dan jahit sepanjang bhg untuk cantumkan bhg punggung.
 8. Hasil jahit spt gambar kt atas.

 9. Bila buka. Hasilnya mcm kt atas

 10.  Dah siap cntum.

 11. Jahit getah pd bhg pinggang.

 12. Jahit bhg bawah kaki.
13. Siap sehelai seluar...