Thursday, April 28, 2016

tutorial seluar untuk anak

 1. Tekap pola pada kain. Pola boleh lukis atau download dari internet.

 2. Dah tekap..boleh potong kain. Bila bentangkan kain jd mcm kat atas.

 3.  Lipat kembali kain dan jahit bhg kaki utk cntum. Bahagian punggung jgn jahit lagi.
 4.  Terbalikkan satu seperti dlm gambar. Satu lg biar dalam keadaan wrong side.

 5.  Lipat seluar spt gmbr kt atas untuk senangkn proses seterusnya.
 6. Ambil bhg depan masukkan ke dalam bhg seluar yang wrong side.
 7. Samakan hujung kedua dua bhg seluar. Dan jahit sepanjang bhg untuk cantumkan bhg punggung.
 8. Hasil jahit spt gambar kt atas.

 9. Bila buka. Hasilnya mcm kt atas

 10.  Dah siap cntum.

 11. Jahit getah pd bhg pinggang.

 12. Jahit bhg bawah kaki.
13. Siap sehelai seluar...

Wednesday, April 27, 2016

peplum shirt

 Buat peplum untuk anak saudara. Tengok dlm fb baju2 peplum ini comel sangat. So google la tutorial peplum.  Ini saiz untuk baby.
 ada lebihan kain. So buat lagi satu. Tapi kali ini bhg bawah jahit tepi halus.
model paksa rela..hihihi

Tuesday, March 15, 2016

gambarimasu....

Hasil tangan amatur..jadilah untuk anak2 pakai..last week buatkan rompers tuk baby hafiy..dan tshirt utk abang2..kain 3 meter dapat 3 helai tshit dan 1 rompera...


Bahagian leher masih x jadi cantik. Tak tau silap kat mana..huhuhu..tak pa praktis lagi..lama2 ok lah kot 

Malam ni berjaya siapkan bj tidur olaf untuk abg harith dan baby hafiy...abg harith dah tido so baby hafiy la jadi model mama

Friday, March 4, 2016

cotton knit cotton knit

Musim cotton knit melanda...huhuhu...minggu ni tiap2 hari ada parcel hasil shopping cotton knit online..
 Model cilik yang asyik tanya mama...mama ni baju ayih ka...hihi..nasib baju2 mama ni ada peminat setia..

Kain ni agak nipis so sesuai buat baju tidur
 seluar tidur yang dipasang cuff kat hujung...
Baju tidur...buat tshirt lengan pendek ...next time kita buat lengan panjang pula..untuk baby harith rompersnya dah potong..tapi belum sempat nak jahit..

Thursday, February 18, 2016

jubat A cut XXL

Semalam berjaya siapkan jubah A cut untuk adik. Kain lycra dia beli di Bandung.

Wednesday, September 26, 2012

sedikit update

Dah lama tak buka blog ni, nak menulis apatah lagi...Alhamdulillah, sekarang badan dah rasa ok, usia kandungan pun dah nak masuk 6 bulan..pengalaman mengandung kali ini sgt berbeza dari sebelumnya...kalau dulu masa mengandungkan abg haikan dan abg hakim, kurang alahan dan pendek kata masih boleh makan..cuma tak tahan bau busuk...tapi mengaandung kali ini alahan agak teruk tetapi masih ok...InsyaAllah kami bakal menerima seorang lagi hero..kalau berdasarkan ultrsound minggu ke-16, doc ckp nampak bird dia....

Alhamdulillah, mak abah pun dah semakin sihat, cuma agak terkilan sebab masa mak masuk hospital kami tak dapat balik. Abah kena heart attack masa raya ke-8, masa tu saya sekeluarga beraya di rumah mertua di Jerteh... masa balik raya baru-baru ini nampak abah mcm kurang sihat dan bila batuk dia asyik usap dada...tak sangka pula dia sakit jantung sebab selama ini dia memang sihat...pagi isnin tu ada call abah, dia dia ok lagi, ptg tu adik call cakap abah masuk ICU sebab heart attack...sapa yang tak terkejut kan...ckp kat suami saya nak balik kedah balik sbb abah masuk ICU...nasib baik suami cakp Ok..dan kami terus balik ke Kedah ptg tu juga... sampai kedah dalam pukul 1 pg...kena tunggu esoknya baru boleh masuk tgk...

Saya dan suami terus berjumpa dengan doc yang merawat abah, kami tanya dengan detail sekali dan doc pun menjawab semua kemusykilan kami...lepas 2 hari kat ICU, doc terus buat angio dan ada 2 salur darah utama yang tersumbat 100%, manakala satu lagi tersumbat 90%, doc masukkan stent utk 2 salur darah yang tersumbat, manakala lagi satu salur darah doc ckp x boleh buat apa, cuma kena makan ubat... sehari lepas buat angio, baru abah transfer ke wad biasa selama 2 hari... hari ahad dah discharge, kami balik johor hari sabtu...

hari isnin, mak pula admiited sebab stroke....lama juga mak ditahan kat wad...dekat 8 hari...dan sekarang ni mak dah beransur baik...cakap pun dah kembali normal dan dah dapat berjalan tanpa tongkat atau bantuan org lain....

Sunday, May 6, 2012

LANGSIR D.I.Y

Alhamdulillah , dah sebulan lebih kami di parit raja. Menyewa di Taman U. rumah sendiri belum ada, dah beli tanah tapi belum sampai seru nak buat rumah. tengok harga rumah di sini dah 2 x ganda dari 3 tahun lepas.. Walaupun rumah sewa, kena juga letak langsir dll. kalau nak beli agak mahal tgk dkt kedai lebih kurang RM 399 utk sliding door double layer. lagipun rumah sewa x yah nak grand2 sgt.. decide nak buat sendiri jer, sbb jahit straight saja.. dapatlah beli kain langsir utk sliding, tingkap master bedroom dan bilik belakng, besi nak gantung langisir, dan pita utk jahit kat atas dalam RM 167 shj... jimat kan...hehehe...