Thursday, November 3, 2011

sekitar ICC Jeju

Hotel yang kami duduk agak jauh dari bandar, so hotel ada sediakan shuttle bus ke tempat conference Lotte hotel dan ICC jeju. Pagi-pagi pergi ke lotte hotel dgn shuttle bus hotel. ada member lab yang present sesi pagi sebelum opening ceremony.so pergi tengok diaorang present dulu, register, dan pergi opening ceremony. lepas tu ambil taxi balik ke hotel, kosnya lebih kurang 6000 -7000 won per trip.

Kemudian, kami minta hotel sediakan shuttle bus aka taxi hotel untuk ke ICC jeju. ICC terletak dalam JUNGMUN RESORT.  dah sampai ICC kami pusing2 tgk apa yang ada kat dalam ICC. kat dlm tu ada 7-eleven, food court, etc. kami makan aiskrim kat dalam tu. harganya agak murah kalau nak dibandingkan dgn harga di jepun. untuk 4 regular cup di sini cuma 10,000 won lebih kurang 700 yen. kemudian kami ke taman di belakang ICC. Tujuan sebenar nak ke Daepo Jusangjeolli. tempat ini dibuka hingga jam 6 ptg sahaja dan tiket masuk adalah 2000 won untuk dewasa.



ini belum masuk dalam Daepo Jusangjeolli, bila nak masuk anak2 dah bising penatlah nak berjalan. stroller tak bawa, nak dukung tak larat lah sebab masing2 dah besar. so kitaorang ambil taxi dari ICC ke Ripley's believe it or not museum, kosnya cuma 3000 won. patutlah murah taxi, rupanya dekat sgt ICC je mueseum tersebut. berdekatan dengan museum ni ada macam2 lagi museum, teddy bear museum, sound museum, chocolate land, botanical garden dan Cheonjiyeon Waterfall.

No comments:

Post a Comment