Friday, November 25, 2011

seoul 2011

kami tiba di seoul lebih kurang 9:30 am, terus cari taxi ke hotel.. malam tu dah tgk2 taxi di airport, ada 2 jenis..satu yang deluxe, satu lagi yg biasa dan agak murah..tapi bila dah sampai, terus lupa pasal taxi tu...sebabnya keluar je dari airport nak ke taxi, tgk dah ada driver taxi yg dtg, kami ni ikut je..alih2 dah sampai baru perasan yg ityu taxi mahal sikit..so terpaksa redha jer...dari gimpo ke hotel lebih kurg 35000KRW...hihihi


sampai hotel, letak brg terus ke itaewon cari nasi..maklumlah dah bbrp hari tak makan nasi di jeju....ada byk pilihan makanan halal...kami lunch kt restoran maharaja...makan ala buffet...sekali makan 15000 KRW seorg..so total 30,000 KRW utk 2 org...lepas tu kami ke namdaemun market...cari apa2 yg patut...barang2 kat sana tak adalah murah sgt..cuma murah banding dgn kat jepun..kalau compare ngan msia, murah lagi kt msia rasanya...tak byk benda yg dibeli, dah abis bershopping di namdaemun, kami balik ke hotel.....




inilah kebab halal berdekatan dengan gate 5 dan 6 namdaemun market...


esoknya kami ke geokbung palace...dan lucnh kami di itaewon jugak...kali ni try restoran lain pulak...







esoknya kami ke bertolak balik ke nihon, flight pukul 10 pagi, dah suruh hotel bookingkan taxi utk kami ke airport..sengaja ambil taxi awal, sampai awal boleh rehat2 aikit...sampai airport, kaunter check in belum bukak..so lepak2 dulu sementara kaunter bukak jam 8:30 pg...dah setel check in, baru boleh pergi breakfast...breakfast kat lotteria..shrimp burger dgn squid...


Thursday, November 24, 2011

Trick art museum, jeju

ini entry terakhir untuk jalan-jalan di jeju..destinasi terakhir kami adalah trick art museum..sebenarnya museum ni ada jugak kat jepun..cumanya jauh dari tempat kami...lagi pun tiketnya agak mahal, 1300 yen untuk seorang dewasa...di jeju kosnya dalam 7000 won seorang dewasa...haikal lah yang paling excited dan menghayati gmabar2 kat dlm museum ni...


kredit to Mr lee again...





















on the way balik, anak-anak dah tido..masing-masing dah keletihan.. esoknya merupakan hari terakhir conference, pergi lotte hotel pagi-pagi sebab ada member lab present, kemudian sensei lepas tu saya, sesi yang terakhir, nasib baiklah first presenter..

pagi sabtu seawal jam 6 pagi kami check out, taxi untuk ke airport dah ada menunggu kami(on request), selesai check out, kami terus ke airport..perjalanan dengan taxi agak selesa dan cepat..kami tiba di airport dalam 7:00 am... tambang taxi 30,000 won..3 kali ganda dari naik bas no 600...

sampai di airport, tunggu kaunter bukak untuk check in ke seoul pula...



Wednesday, November 23, 2011

mongolian horse show, jeju

Asalnya nak bawa anak-anak ke miniature theme park, tapi driver tak nak bawa..boleh pulak mcm tu..jauh katanya...diapun bawa kami ke mongolian horse show, tempat ni bersebelahan dgn trick art museum..

satu hari ada 2 kali show pagi dan petang, kitaorg sampai lebih kurg pukul 3 ptg, sempat untuk show petang. Mr lee ckap show dalm 20 minit jer,..oklah kalau lama-lama bosan...hehehe...memang pun bosan, haikal dah banyak kali tanya, mama lama lagi ker?..hehehe awal2 tu menarik lah lepas tu actionnya lebih kurang jer...memang agak membosankan sebab hampir sejam...:(


Monday, November 21, 2011

Seongsan Ilchulbung, jeju island

Destinasi kami seterusnya adalah Seongsan Ilchulbung, kawasan volcanic yang sangat cantik. kat area sini disediakan tangga untuk mendaki, biasnya untuk orang muda yang sihat, 1 jam mendaki dan turun. kami ni teringin sangat nak  ke atas, tapi apakan daya..mana larat nak daki dgn 2 orang hero ni, silap hari bulan kena dukung pula..so kami ambil gambar kat area bawah jer...agak frust jugak la....

              signboard ke seongsan ilchulbung peak..

                                         inilah UNESCO WORLD HERITAGE
driver yang suruh posing mcm ni...hehehe..


inilsh driver kami..
 kimchi


 credit to MR LEE



kanak-kanak riang ria


peace from hakim

FOLK VILLAGE

Selepas ke Namwon, kami bergerak ke folk village. sebenarnya tak masuk list pun tapi driver taxi nak juga bawa kami ke sana. so redah aje lah...penerangan yang diberikan dalam bahasa inggeris...


masa ini kami diberi penerangan tentang pagar. ada 3 semuanya, kalau tiga2 gantung maknanya tak ada orang di rumah, tuan rumah keluar untuk jangka masa yang lama...kalau satu jer tergantung tu, maksudnya, silalah masuk...hehehhe


ini pula tandas orang dulu-dulu, tandasnya bersebelahan dengan KHINZIR...tujuan utama tandas bersebelahan dgn KHINZIR ialah khizir ni dapat makan bahan buangan...

ini pula dapur orang dulu-dulu.


Thursday, November 3, 2011

Namwon keun-eung, jeju island

hari kedua di jeju suami ajak jalan2 ke tempat-tempat yang popular. kalau tengok drama korea, mesti ada pasal jeju.. itu antara promosi terbaik..hehehe...sebelum pergi jeju, kitaorg dah survey2 tempat mana yang nak pergi..

awal-awal pagi breakfast roti yang dibawa dari jepun, tuna dan mayonis..tidak lupa air milo untuk abg haikal...dalam 8:30 pagi kitaorg turun lobby, tanya orang hotel mana tahu diaorg boleh arrangekan taxi tour untuk kami...

orang hotel bagitahu taxi tour dari 9am-6pm..harganya lebih kurang 150,000won..tepat jam 9pagi driver taxi dtg..namanya MR LEE, dan beliau boleh berbahasa inggeris.. mula-mula driver nak bawa kami ke west of jeju tapi kami tak nak sebab tempatnya kurang menarik..so kami request ke east of jeju...east agak jauh dari hotel so tempat yang pergi agak limited..


kami naik kia carnival..sangat selesa...

berehat sekejap untuk bergambar

kami gerak dari hotel lebih kurang 9:10am...banyaklah yang driver tu cerita pasal jeju..kitaorg iakan ajer..dia bawa kitaorg ikut jalan yang glamer katanya...dari jalan tu boleh nampak gunung HALLA dan jua laut....


destinasi pertama adalah NAMWON KEUN-EUNG..ini adalah atas permintaan sendiri..nampak dekat website jeju tour tempat ni sangat cantik..so bila dah sampai memang tak menyesal pergi sana..










dalam 20 minit kami berjalan..ini sebenarnya macam track untuk berjalan sambil menikmati keindahan alam semulajadi..driver tunggu kami dekat penghujung jalan...lepas tu kami meneruskan perjalanan ke folk village..driver yang suggestkan kami ke sana, katanya menarik...cerita folk village di entry seterusnya....

CHOCOLATE LAND and Cheonjiyeon Waterfall

lepas keluar dari ripley museum, kami dah hilang arah..hehehe..tak tahu nak kemana pula, sebab bila tengok di peta, tempat2 yang nak pergi tu macam jauh je. nak pegi may be tak sempat sebab dah petang. berhadapan dengan ripley museum ada teddy bear museum. dok pikir nak masuk ke tak..rasa mcm malas jer nak masuk sbb tgk teddy bear jer..haahaha...nak masuk pun kena bayar, tak tahu berapa sebab tak masuk..cuma amik gmbar kat depan tu je...heeheheh..
4


lepas bergambar kat sini kami meneruskan perjalanan ke Cheonjiyeon Waterfall. Ingat nak naik taxi, so pergilah tanya driver taxi. sekali driver tu gelak je, dia cakap 5 minit je jalan kaki dari sini. hehehe...kitaorang pun berjalan lah ke sana, memang dekat pun...nak masuk kena bayar 5000 won untuk 2 orang dewasa, kanak2 percuma.. ingatkan macam waterfall kat tempat kita, boleh pergi berendam air, rupanya bayar 5000 won cuma untuk tgk dari jauh jer..huhuhu...ada jambatan tinggi yang menghubungkan 2 bukit, kitaorg naik sampai seoaruh jalan sahaja sebab gayat dgn tinggi...





lepas dah penat berjalan, perut pun minta diisi. sayangnya semua kedai yang ada tak boleh makan..huhuhu...masa berjalan-jalan cari kedai makan, ternampak chocolate land, terus jer kitaorang masuk. tiket masuk 2000 won seorang, so total dalam 6000 won. tiket tersebut boleh digunakan sebagai kupon untuk beli omiyage (souviner)..





dalam chocolate land pun ada teddy bear hehehehe...chocolate yang dijual kebanyakannya perisa orange..maybe sebab jeju terkenal dgn orange...dah beli 2 kotak chocolate, kitaorg pun balik...on the way balik adik hakim dah keletihan dan tertidur dalam taxi.. bawak masuk hotel pun dia masih tak sedar..abang haikal macam biasa masih segar bugar..satu kotak chocolate tu abis abg haikal makan...hehehe..lapas tu satu cawan maggi cup...

Ripley's believe it or not museum

kami masuk RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM, tiketnya lebih kurang 22000 won untuk 2 dewasa dan seorang kanak-kanak. adik hakim free sebab belum 4 tahun. boleh tahanlah museum ni, anak-anak pun enjoy jugak... macam2 koleksi pelik yang ada..