Wednesday, October 19, 2011

YAMANAKAKO (LAKE YAMANAKA)

sambungan pada entry asakusa, on the way balik ke hamamatsu, kami singgah di lake yamanaka. tasik ini adalah antara 5 tasik yang mengelilingi gunung fuji. tasik ini terletak di atas gunung ganang. disebabkan kami bergerak dari kawasaki so terasa macam sekejap saja perjalanannya, lebih kurang 80 km perjalanan. selepas sarapan, kami terus bergerak ke sana, oleh sebab menggunakan jalan biasa jadi perjalanan memakan masa 3 jam.

bergambar dulu sebangai kenang-kenangan..hihihi....entah bila lagi nak sampai sini..kan....haikal n hakim dah excited nampak swan kat tasik..dah tak sabar-sabar nak naik swan...

menuju ke jeti untuk naik swan..daun-daun kat sini pun dah mula bertukar warna..biasanya musim luruh, daun bertukar wana merah, kemudian gugur ke bumi..kebiasaanya, pada musim luruh ni orang-orang jepun akan pergi kouyou (tgk daun merah)..

 dah naik swan...awal tu excited lah abang haikal ni, bila dah dekat tgh2 tasik dia dah mula takut..abah dengan mama kayuh swan, haikal control stering...swan moto pun ada tapi mahal lah...yang kayuh ni 30 minit dalam 2000 yen...


lepas tu bagi ikan makan..kat dalam bakul biru tu ada dedak utk bagi ikan makan..letak 100 yen dalam bekas duit....so boleh lah bagi ikan-ikan tu makan..ikan-ikan dekat situ sangat besar...macam biasalah 2 beradik ni suka sangat bg ikan-ikan ni makan...
lepas tu makan-makan dulu sebelum bergerak balik. dapat meneikamati permandangan yang cantik sepanjang jalan menuruni gunung ganang ni...


minggu ini sibuk nak menyiapkan kerja sebelum ke korea minggu depan..sambil menyelam minum air orang kata....ada conference dekat jeju island..so bawalah family sekali, 4 malam di jeju dan 2 mlm di seoul..sengaja ambil flight transit di seoul, sebenanrnya ada jer tiket direct dari japan ke jeju...lagipun tiket flight sangat murah ke sana, seorang dalam 28000 yen saja...PERCUTIAN 7 HARI 6 MALAM di KOREA...hehehe...

No comments:

Post a Comment