Wednesday, October 26, 2011

JEJU ISLAND, SOUTH KOREA

Satu hari perjalanan memang sangat memenatkan tambahan pula travel dgn anak-anak..kami bergerak dari rumah pukul 7:30 pagi dgn teksi, kemudian naik bas ke  chubu airport, perjalanan ke airport mengambil masa 2 jam dari hammatsu. bila sampai airport dah 10:50am, naik ke international check in, tgk kaunter dah buka so beratur untuk check in dulu...dah siap check in, masing2 dah lapar, naik tingkat 4 untuk lunch sbb masing2 dah lapar.. abah haikal nak makan unagi (belut) tapi takut anak2 tak makan nanti so kami masuk kedai tempura..sayang betul rasa tak makan tempura tu sbb udangnya besar2...saya cuma makan udon saje sbb rasa tak selesa perut dan kepala...bila makan udang tempura rasa nak termuntah...suamilah kena habiskan udang yang banyak tu...


dah kenyang, terus masuk dalam tunggu flight....disebabkan set 3-3 so saya kena duduk tgh2 antara haikal n hakim sementara suami di baris yg sama cuma dipisahkan dgn lorong utk org berjalan....selepas 2 jam kami tiba di gimpo aairport..berbaris panjang untuk imigresen, ambil luggage dan kemudian ambil shuttle bus airport ke domestic terminal..

di domestic terminal, gimpo airport


adik hakim dah keletihan...

south korea




adik hakim terkagum dgn bunga2...


sampai di sana, anak-anak dah bising lapar..bagilah makan makanan ringan yang kami bawa dari sini....dah bagi anak-anak makan, kami pun check in ke jeju..flight ke jeju 6:10 pm, so sampai jeju dalam pukul 7:10 pm..dah gelap dah...ambil limousine bus ke seogwipo, dari airport ke ICC jeju dalam 11600 won untuk 2 dewasa dan 2 kanak2..(dewasa =3900 won, kanak2= 1900 won)..sampai ICC jeju dalam pukul 9:00 pm, dah tutup ICC dan tak ada pun shuttle bus hotel...uwaaaa..rasa nak menagis, tp alhamdulillah ada 2 org korea yg sudi tolong kami...

booking hotel 4 bintang tapi servis dan keadaan hotel x macam 4 star pun...kalau ikutkan harga dekat website dia, dkt 220000 won semalaman, tapi desebabkan booking melalui conference so dapatlah 90000 won semalaman.


Wednesday, October 19, 2011

YAMANAKAKO (LAKE YAMANAKA)

sambungan pada entry asakusa, on the way balik ke hamamatsu, kami singgah di lake yamanaka. tasik ini adalah antara 5 tasik yang mengelilingi gunung fuji. tasik ini terletak di atas gunung ganang. disebabkan kami bergerak dari kawasaki so terasa macam sekejap saja perjalanannya, lebih kurang 80 km perjalanan. selepas sarapan, kami terus bergerak ke sana, oleh sebab menggunakan jalan biasa jadi perjalanan memakan masa 3 jam.

bergambar dulu sebangai kenang-kenangan..hihihi....entah bila lagi nak sampai sini..kan....haikal n hakim dah excited nampak swan kat tasik..dah tak sabar-sabar nak naik swan...

menuju ke jeti untuk naik swan..daun-daun kat sini pun dah mula bertukar warna..biasanya musim luruh, daun bertukar wana merah, kemudian gugur ke bumi..kebiasaanya, pada musim luruh ni orang-orang jepun akan pergi kouyou (tgk daun merah)..

 dah naik swan...awal tu excited lah abang haikal ni, bila dah dekat tgh2 tasik dia dah mula takut..abah dengan mama kayuh swan, haikal control stering...swan moto pun ada tapi mahal lah...yang kayuh ni 30 minit dalam 2000 yen...


lepas tu bagi ikan makan..kat dalam bakul biru tu ada dedak utk bagi ikan makan..letak 100 yen dalam bekas duit....so boleh lah bagi ikan-ikan tu makan..ikan-ikan dekat situ sangat besar...macam biasalah 2 beradik ni suka sangat bg ikan-ikan ni makan...
lepas tu makan-makan dulu sebelum bergerak balik. dapat meneikamati permandangan yang cantik sepanjang jalan menuruni gunung ganang ni...


minggu ini sibuk nak menyiapkan kerja sebelum ke korea minggu depan..sambil menyelam minum air orang kata....ada conference dekat jeju island..so bawalah family sekali, 4 malam di jeju dan 2 mlm di seoul..sengaja ambil flight transit di seoul, sebenanrnya ada jer tiket direct dari japan ke jeju...lagipun tiket flight sangat murah ke sana, seorang dalam 28000 yen saja...PERCUTIAN 7 HARI 6 MALAM di KOREA...hehehe...

Monday, October 17, 2011

Birthday hakim



Muhammad hakim dah 3 tahun (07/10/2008)..terasa cepat je masa berlalu..dah besar anak mama ni. banyak cakap tapi masih lagi tak berapa betul sebutannya. harapnya balik malaysia nanti dah hilanglah pelat-pelatnya tu...

kek kereta untuk adik hakim. first time buat 3D kek ni, saja nak try buat. nak beli kat sini susah sebab tak tahu halal haramnya. nak selamat buat sendiri, kekadang tu ada je kek yang boleh dimakan tapi nak kena tanyalah apa ingredientnya..nak tanya tu problem sebab tak pandai berbahasa jepun. selalunya buat je kalau nak makan kek atau biskut, cuma roti sandwich je beli. biasanya beli roti sandwich dekat 7-e ataupun jusco brand top value...roti lain rasanya tak boleh dimakan..

macam birthday abang haikal pulak, dia yang excited lebih..tak abis-abis ckp tq mama...hehehe...tak kisahlah birthday sapa pun yang penting anak-anak gembira... bukan main suka lagi haikal n hakim tgk kek kereta ni... buat kek ni waktu malam, simpan dalam peti sejuk, pagi-pagi lagi abang haikal dah bangun ambil kek letak atas meja dan asyik tenung kek tu je. bila tanya nak makan ke..dia cakap nak makan, bila nak potong dia tak bagi...sayang kot kat kereta tu...

Sunday, October 16, 2011

ASAKUSA, TOKYO

Minggu lepas, cuti 3 hari so bawa haikal n hakim ke Tokyo. Hotel dah booking seminggu sebelum pergi. Booking hotel murah2 je..murah-murah pun bila covert ke RM dah dekat RM320 semalaman. Memang hotel dekat sini mahal-mahal. ingat nak booking hotel dekat area Tokyo tapi semuanya dah penuh. carilah yang agak-agak dekat dgn tokyo, paling dekat dari selatan ini ialah kawasaki-city. Hotel tu memang betul-betul depan dgn eki (train station). 

Pagi ahad tu, lebih kurang jam 3:30 am kami bergerak dari rumah. nak jimat punya pasal, kitaorg set navi ikut jalan biasa so tak payah bayar tol. sekarang ini dah tak adalah 1000 yen tol masa hari cuti. tak tau lah kot2 ada promosi lain tp kami yang tak tahu..:)

bergerak pagi2 macam ni jalan tak lah sesak sgt, berhenti solat subuh di konbini (24 hour), makan mee goreng untuk breakfast (bawa bekal).. lepas tu sambung gerak semula, sampai di hotel lebih kurang 8:45 am. masuk hotel tanya kot2 hotel ada provide parking tp tak de, tak pe lah diaorg bgtau parking terdekat sebelah eki. memang dkt, 24 jam kena bayar 1500 yen..kira oklah kan...



bayar n check in hotel dulu, tapi belum boleh bawa barang masuk hotel, lepas jam 4 ptg baru bleh masuk. kitaorg parking kereta dulu kat eki, kemudian gerak ke tokyo naik densha (train). jauh sungguh perjalanan, kira 3 kali tukar train baru sampai ke destinasi (Asakusa, tokyo)


Adik hakim dah keletihan turun naik train...ditambah pula dengan mama n abah yang confuse sebab jarang naik train or subway nie..selalu dkt hamamatsu ni nak pegi mana-mana pun dgn kereta..



garang betul budak kat belakang tu..muncung mulut tak ingat dunia..ish3x..hehehe..padanlah dgn haikal n hakim lama sangat main paip air ni..



 Asakusa merupakan tempat tumpuan pelancong, tak kiralah pelancong luar atau tempatan. kebetulan pergi masa cuti umum, memang ramai sangat-sangat... di sini banyak omiyage (cenderamata) dijual..nak masuk kedai-kedai tgk omiyage pun susah, anak-anak bising nak mainan. bila dah dapat mainan nak blik pula, nak main mainan, itulah anak-anak....kitaorg tak banyak membeli cuma beli t-shirt untuk abah n anak-anak, mainan haikal n hakim dan perhiasan yang gantung.


kitaorang balik hotel dalam pukul 4:30 pm, ambil barag masuk hotel, berehat. ingat nak keluar makan malam tu, tapi masing-masing dah tak larat nak gerak. so makan roti keping sapu jem je malam tu...di hotel ada disediakan LAN cable untuk internet kira okleh untuk budget hotel tu...




bangun pagi-pagi tu nampak adik beradik ni tidur mesra gitu...hehehe...


hotel ada sediakan breakfast style japanee dari 7am asampai 9.30 am, tapi kami tak turun makan pun..malas...siap anak-anak, kami terus check out dan menuju ke destinasi seterusnya....yamanakako (lake yamanaka)