Saturday, February 12, 2011

Al-Fatihah...

hari khamis lepas(10/2/2011), tok mek (mak kpd abah) telah pergi buat selamanya pada usia 85 tahun. Arwah, dimasukkan ke hospital sebab darah banyak keluar. sedihnya bila doctor diagnos, arwah sebenarnya barah usus tahap kritikal. darah keluar tanpa henti, dan untuk menggantikan darah yg hilang, darah dimasukkan ikut tengkuk arwah, alasan nurse, tak jumpa cari urat dkt bhg tgn. Abah, mmg x sanggup nak tgk tok yang mmg sgt2 menderita masa tu. Abah ckp sebak tgk keadaan tok, tambahan pulak kekadang arwah menangis kesakitan.

awalnya, doctor x bagi operate sbb faktor usia. tapi, akhirnya doctor yang mengusulkan blk, sebab dah x ada cara lain. doctor dah cuba 2-3 kali untuk hentikan pendarahan tp x berjaya. sebelum teruskan pembedahan, dctor dah bgtau komplikasi slps pembedahan dan juga peluangnya cuma 50-50. Sebagai anak, semestinya kita akan cuba juga walaupun peluangnya agak tipis drp melihat arwah terseksa setiap hari. Dah ketentuan Ilahi, arwah pergi pada 10/2/2011 jam 7:50 pagi selepas 9 jam menjalani pembedahan.

Sedihnya, tak dapat nak menatap muka arwah buat kali terakhir, dan yang paling sedih, ini merupakan kehilangan kedua semasa berada di sini. Tahun lepas (6/7/2010) kehilangan tok bunga (sebelah mak). Arwah pergi akibat serangan jantung.

Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 yang beriman...AMIN...

1 comment: