Friday, December 31, 2010

mikimoto pearl island

minggu nih dah mula winter holiday..malas nak ke-mana-mana sebab sejukkkk....selesa duduk dekat rumah jer...hehehe.....kalau hari-hari duk rumah jer pun bosan jugak...lagipun cik abe nak test mr giant jalan jauh ok ke tak...semalam kami ke toba city..kalau nak beli pearl pergi lah ke sana...macam-macam ada...harga pun reasonable jugak....on the way ke sana kami singgah makan dekat maguro...kat sini masakan dia semua beasaskan ikan....


 di depan kedai maguro

 nama kedai dia maguro asanoya

 me with fatma and her daughter Melissa

                                               tak ingat apa nama dia ...sedapppp
                                                                            
 destinasi yang sebenar Mikinoto pearl island

nak masuk ke sini kena bayar 1500 yen utk dewasa dan kanak-kanak tak ingat pulak...kat dlm ni ada kedai dan juga museum...kalau masuk museum dia semua info pasal pearl kita boleh tahu...contohnya macam mana mereka masukkan nukleus dlm triram...
macam mana nak bezakan cultured pearl dgn artificial pearl...cultured pearld selalunya lagi berat dari artificial pearl...
apa beza cultured pearl dgn natural pearl...kalau natural pearl terhasil dari pasir yang termasuk dlm tiram masa tiram tu bukak mulut nak mkn plankton...slalunya natural pearl sgt kecil....dan rupanya tidak sebulat cultured pearl..


 kat dlm kedai...mcm2 pattern ada...mmg puas hati..hehehe

 kat dlam museum pearl

                                              besar betul tiram nih...

akhir sekali inilah hadiah besday yang ke-30...

Monday, December 20, 2010

bihun goreng singapore and kuih sagu


kuih sagu

bihun goreng singapore

inilah menu breakfast weekend lepas..buat bihun goreng spore, my favourite..kalau mak masak lagi sedap...tgk stok sagu byk lagi ( tak pernah guna pun) so buatlah kuih sagu...dah lama  tak makan kuih nih...rupanya tak ler susah mana pun nak buat...masak gula dgn air lepas tuh masukkan sagu..dan masak sampai pekat..kemudian sejukkan...masa hidang salut dgn kelapa dan garam...
musim sejuk nih, perut asyik minta diisi jer....kejap jer dah lapar...
hari ahad jln2 kat yamada denki dan kebetulan ada sale, so apa lagi saya pun angkatlah satu microwave oven..hehehe...kebetulan memang dok mencari oven baru..sbb oven lama nih kecik sgt...kalau membakar cake ke roti mesti hangus...

Sunday, December 12, 2010

jom buat roti

kalau haikal tgk...cnfrim dia akan kata..MAMA, HEBI....


 saja mendandan roti....

nak buat bunga tapi tidak menjadi

aktviti hari ni ialah membuat roti, dan temanya adalah kacang merah sahaja...semua dibantai letak red bean...proses menguli diserahkan pada breadmaker, senang jer kerja, biarkan BM tu menguli, lepas tuh kita buat lah roti apa yg kita suka...semudah ABC...:)

kalau haikal dia suka mkn roti dgn peanut butter, pernah sekali buatkan dia roti sandwich yang berperisa peanut butter...

 separuh adunan daptlah satu talam



dah siap potong untuk dibawa ke kaikan
ready untuk dimakan

semalam ada couple yang baru dtg buat makan-makan di rumah diaorang di kaikan. takkan nak pergi dgn tgn kosong kan...hehehe..org lain semua masak yg gempak2 sebagai buah tangan, saya cuma buat yang ini jer...tak pe yang penting ikhlas....actually, kuih ini yang senang nak buat dan confirm menjadi, kalau yang lain tuh kebarangkalian nak jadi rendah sgt...huhu...

Saturday, December 11, 2010

jikken....


last week sibuk buat jikken (experiment), yg letihnya buat experiment ni masa nak mengangkat segala benda yg besar2 nih, kalau ringan x pe lah....huhuhu....ada lagi separuh kat belakang kamera....
nak angkat semua sorang2 x larat, so terpaksa minta tlg dgn bdk2 lab nih, Alhamdulillah mereka sudi menolong.
hari nih nak pegi lab ada kerja yang belum habis...tinggal lah ik abe sorang2 kat rumah nih sambil menunggu barang2 sejukbeku yang dibeli dari baticrom...kitaorg sekali beli dekat 1mang (100000 yen), stok beras thai 20kg mmg dah wajb setiap kali shopping kat baticrom...
hehehe....

Saturday, December 4, 2010

kek gulung

sebelum dibakar


inilah hasilnya...guna talam kecik je sbb ovennya kecik...nak beli oven besar mahal...rasanya boleh tahan lah...tak segebu yang mak buat...

resepi :
dari: ibu_an, myresepi

6 biji telur
100 gm gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalete
1 sudu besar susu tepung
75 gm tepung gandum
100 gm butter (cairkan)

1. Satukan semua bahan kecuali butter cair.
2. Pukul bhana2 tadi selama 10 minit.
3. Kemudian masukkan butter cair.
4. sapukan butter keliling acuan.
5. Bakar pada suhu 170 selama 20-25 minit.
6. Bla kek dah masak, biarkan kek sejuk dahulu.
7. Kemudian sapukan jem dan blehlah menggulung kek.

ilah, selamat mencuba..
nanti letaklah hasil dia kak sal nk tengok...

Friday, December 3, 2010

korean drama

Addicted to korean drama.....ck abg lah nih pandai2 sgt ajak I tgk citer IRIS..kkan dah terlajak2 tgk citer lain dah....
antara citer yg dah tgk
1.IRIS
2. full house
3. my girl
4. witch yoo hee
5. sweet spy
6. you're beautiful
7. boys before flower
8. oh my lady
9. personal preference
10. when t's night
11. he who can't marry
12. prosecutor princess
13. my girlfriend guminho
14. cinderalla man
15 coffe prince
16. kim tak goo; the king of baking
17. my lady
18. get karl: oh soo jung
19. that fool
20. east of eden
21swallow the sun
22partner
23
24


dah x igt dah byk mana tgk...