Dah lama tak buka blog ni, nak menulis apatah lagi...Alhamdulillah, sekarang badan dah rasa ok, usia kandungan pun dah nak masuk 6 bulan..pengalaman mengandung kali ini sgt berbeza dari sebelumnya...kalau dulu masa mengandungkan abg haikan dan abg hakim, kurang alahan dan pendek kata masih boleh makan..cuma tak tahan bau busuk...tapi mengaandung kali ini alahan agak teruk tetapi masih ok...InsyaAllah kami bakal menerima seorang lagi hero..kalau berdasarkan ultrsound minggu ke-16, doc ckp nampak bird dia....
Alhamdulillah, mak abah pun dah semakin sihat, cuma agak terkilan sebab masa mak masuk hospital kami tak dapat balik. Abah kena heart attack masa raya ke-8, masa tu saya sekeluarga beraya di rumah mertua di Jerteh... masa balik raya baru-baru ini nampak abah mcm kurang sihat dan bila batuk dia asyik usap dada...tak sangka pula dia sakit jantung sebab selama ini dia memang sihat...pagi isnin tu ada call abah, dia dia ok lagi, ptg tu adik call cakap abah masuk ICU sebab heart attack...sapa yang tak terkejut kan...ckp kat suami saya nak balik kedah balik sbb abah masuk ICU...nasib baik suami cakp Ok..dan kami terus balik ke Kedah ptg tu juga... sampai kedah dalam pukul 1 pg...kena tunggu esoknya baru boleh masuk tgk...
Saya dan suami terus berjumpa dengan doc yang merawat abah, kami tanya dengan detail sekali dan doc pun menjawab semua kemusykilan kami...lepas 2 hari kat ICU, doc terus buat angio dan ada 2 salur darah utama yang tersumbat 100%, manakala satu lagi tersumbat 90%, doc masukkan stent utk 2 salur darah yang tersumbat, manakala lagi satu salur darah doc ckp x boleh buat apa, cuma kena makan ubat... sehari lepas buat angio, baru abah transfer ke wad biasa selama 2 hari... hari ahad dah discharge, kami balik johor hari sabtu...
hari isnin, mak pula admiited sebab stroke....lama juga mak ditahan kat wad...dekat 8 hari...dan sekarang ni mak dah beransur baik...cakap pun dah kembali normal dan dah dapat berjalan tanpa tongkat atau bantuan org lain....