Friday, August 5, 2011

mari berkebun

musim panas dah tiba, dah boleh berkebun. Dah terikut-ikut orang jepun yang akan bercucuk tanam masa musim panas. Tahun lepas cuba tanam pokok kesum tapi tak hidup,huhuhu sedih...tahun ni cuba tanam cherry tomato, cabai besar dan jagung. Alhamdulillah, macam berhasil tapi belum cukup masa nak menuai hasil-hasil ni.

ini bunga cherry tomato

pokok tomato yang segar bugar tp belum boleh menuai hasil

cabai besar dari malaysia yang disemai

pokok jagung

nampak tak cabai yang panjang2 itu..hehehe

jagung pun dah mula mengeluarkan telinganya....

Thursday, August 4, 2011

natsu matsuri (summer festival)

Tahun ini merupakan tahun ke-3 kami ke summer festival anjuran youchien (tadika) haikal. kali ini summer festival disambut dalam hujan. Suhu di sini turun selepas typhoon melanda jepun baru-baru ini. sebelum typhoon suhu mencecah 35, semasa typhoon suhu turun ke 20-30. tahun lepas bulan 7 kami dah guna aircond maktu malam sebab terlalu panas, tahun ni masih ok mengunakan kipas sahaja. harapnya sampai hujung bulan ini tak guna aircond.

sambung balik cerita summer festival kat sekolah haikal. pagi sabtu tu dah pegi ITO YOKADA cari yukata untuk haikal n hakim. Waktu keluar dari situ tengok mendung je macam nak hujan, so dah confius kejap. jadi ke tidak festival ni. kalau tak jadi sekolah akan call. ini x der call pun so kitaorang assume jadi lah. Memang tak cancel pun. Antara orang yang terlewat ke sana.



peace dari hakim

KI CHAN bestfriend haikal sejak hari first haikal masuk sekolah ( yang pakai yukata oren)





Wednesday, August 3, 2011

Tokyo Disney Sea

Selamat berpuasa semua,
Bulan lepas kami berkesempatan ke Tokyo Disney Sea. Saja bawa anak-anak berjalan, kesian juga diaorang asyik terperap je kat rumah. Disney sea dan disneyland hanya bersebelahan. Disneyland lebih banyak attractions kalau dibandingkan dgn disney sea. Bila dah banyak attractions maka orang yang berkunjung ke sana pun ramailah. Disneyland lebih sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Kami dah ke disneyland january lepas so kali ni bawa anak-anak berhibur di disney sea pulak. entry ke disneyland
 bergambar di depan main entrance


 bergambar sebelum naik bot


atas bot

tak ingat apa nama attraction ni...haikal n hakim excited naik ni


semua direka seperti dalam movie

magic lamp theater. Haikal je yang paham sebab bahasa jepun, mama, abah n hakim cuba enjoy tgk 3-D je. 
arabic ada, aladin n sinbad

mermaid lagoon waktu malam.

Kunjungan ke disney sea memang berbaloi sebab dapat naik hampir semua attractions. Attractions yang  tak dapat naik itupun disebabkan haikal n hakim tidak cukup ketinggian. 2 attraction yang tak dapat naik sebab tinggi mesti 117cm ke atas.