Kami ke USJ semalam, percaya atau tidak pergi balik hari. Memang penat sangat-sangat sebab bertolak dari rumah pukul 3 pagi sampai sana pukul 9;30pagi, terus pergi main. Jarak USJ dari hamamatsu lebih kurang 260 km. Sampai kat sana, bayar parking 3500 yen, Alhamdulillah berbaloi bayar parking mahal sebab betul-betul pintu masuk USJ. Kalau bayar 2500 yen kena parking jauh, penat nak berjalan. Tiket masuk pula mahal sedikit berbanding dengan disneyland. Tiket masuk dewasa 6200 yen, manakala kanak-kanak 4-11 tahun 4000 yen. Adik Hakim free sebab belum cukup umur.