Monday, January 31, 2011

W.I.N.T.E.R 2011








sementara menunggu abah dan pakngah bersihkan salji yang melekat dikereta dan di tempat parking, haikal ngan hakim main salji dulu..bila lagi nak merasa main salji..kat hamamatsu tak der salji memutih macam ni...




TOkyo Disneyland (part II)











Sebenarnya, kami tak tahu pun pasal perarakan kereta ni. Kebetulan keluar dari minni mouse house kami nak ke adventureland dan dalam perjalanan tu nampak macam ramai sangat org di sepanjang jalan. Jadinya, kamipun mencelah-celah untuk tengok apa yang semua org tunggu. OOoo rupanya, diaorang semua tunggu pertunjukan ini. hehehe...

Malam pun ada dreamlight show, lebih kurang pukul 7:30mlm. Plan asal nak tengok tapi apakan daya, anak-anak dah menggigil kesejukan. Terpaksalah balik..:(..



Thursday, January 27, 2011

TOKYO DiSnEyLaNd

2 Minggu lepas family adik dtg nihon hantar haikal n hakim. actually, diaorg beli tiket masa airasia  mula2 buat promotion ke jepun...tiketnya mmg agak murah..rm2k return utk 2 org termasuk baby.  13/1 mereka sampai, 15/1 kami ke Gifu untuk main salji, tidur sana semalam. Hotel agak mahal seorang dewasa ¥10,000, kanak-kanak ¥5,000, baby pun kena 5ribu yen.
Esoknya kitaorg berangkat balik, sepanjang jln snow turun n bila sampai nagoya pun snow masih trun. Macam x percaya pulak bila tgk bandar nagoya dipenuhi salji...macam biasa kalau ke nagoya semestinya;ah ke NORITAKE GARDEN.  adik beli satu dinner set. 20pcs lebih kurang ¥21,000. kemudian kami ke masjid nagoya utk solat dan ke ghandaran utk makan nasi beriyani.
Weekdays semua org melepak dekat rumah shj sbb mama kena masik lab mcm biasa, x der cuti :(..
balk lab baru boleh bawak diaorg pergi shopping...

Minggu lepas kami ke Tokyo, first time pegi jalan2 kat tokyo..plan nak ke disneyland ..so lepas subuh terus gerak dan sampai disneyland dlm 10:30 pg...masa nak membeli tiket tu x der lah ramai sgt org, bila dah tghari sikit org dah makin ramai..Alhamdulillah kitaorg dpt main byk juagk...
lps tu kami ke msian stdnt house utk tidur...esoknya gerak ke tokyo utk mkn dan melawat member dkt saitama...lepas tu gerak ke haneda airport utk hantar adik blk..:(
hari tu plan nak ke USJ x dpt sbb x der cuti plus byk sgt kerja nak kena siapkan..
lepas nih ke disney sea pulak..insyaAllah....




beli tiket dulu

 2 org bdk nakal dgn tanduk msing2

famili


 adik hakim takut dgn donald duck
 alice
 x igt apa nama tmpat nih
berehat sekejap selepas main toon spin car

Friday, January 7, 2011

2011

Sedar tak sedar dah seminggu kita di tahun 2011. Biasanya kalau awal tahun macam-macam azam kita buat, ada yang tercapai dan ada juga yang masih terkapai-kapai. Azam baru tak ada cuma berharap agar tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya.

6 more days to go....anak-anak kesayangan akan balik...tak sabar rasanya nak jumpa haikal n hakim..Alhamdulillah sekarang nih adik hakim dah pandai cakap.. sebelum nih runsing jugak sebab dia tak nak bercakap...gembira dgn progress adik hakim...bila blk sini nanti abang haikal akan mula bersekolah balik setelah bercuti selama 4 bulan...

macam-macam aktiviti mama dah susun untuk anak-anak mama sepanjang tahun 2011..

1. 15 January 2011 : ke Gifu main salji
2. 16 January 2011 : On day way balik bawak adik ke kedai pinggan mangkuk noritake
3. kalau ada masa bleh ke Universal Studio Japan kat Osaka
4. 22 January 2011 : ke tokyo disneyland
5. end of March 2011 : ke Fuji-Q
6. 28 April 2011 jemput mak ngan abah kat haneda.
7. 29/4-12/5 : ke noritake, toba (tgk2 mutiara), gotemba outlet, kyoto, hiroshima, gunung fuji.
8. Oktober 2011: Korea (sebab mamanya terpengaruh tgk cerita korea..huhuhu)
9: November 2011: Beijing, China.

kalau ada yang nak memesan set pinggan mangkuk noritake ataupun pearl boleh la memesan. InsyaAllah kitaorg akan bawak balik march 2012 nanti guna kontena..