Saturday, June 4, 2016

pajamas tom n jerry

Macam biasa balik kerja hari khamis mesti nak merempit jahit cotton knit yang bertimbun dalam bilik tu. Minggu ni balik lewat berbanding minggu lain sebab student beepusu pusu nak bentang projek.
Walaupun balik lambat, projek merempit masih diteruskan. Petang tu buatkan baju tidur untuk hafiy. Bahagian leher dab bawah kaki seluar guna rib cotton warna grey. Bawah baju dan lengan jahit coverstitch. Testing coverstitch yang baru sampai. Berdebar tunggu mesin coverstitch sebab beli online..dah ler barang mahal kan.



Macam biasa model sado in action..
Happy sewing..😍😍

Wednesday, June 1, 2016

simple knit cotton dress

Hasil dari lebihan kain ini dapatla buat sehelai dress untuk kanak2 2-3tahun..siapa yang nak pakai eaaa..kat rumah ni semua boboi..huhuhu...
 Inilah rupa simple dress..tersangat simple.. lukis pola atas kain je..potong dan jahit..bila dah siap nampak kosong pula... so google la cara nak buat riben...
 tadaaaa...nampak gojes pula bila dah letak riben... i likeeee.... tapi tak ada model gebussss nak gayakan dress ni...huhu
terpaksala ambil model sado ni...