Thursday, September 29, 2011

Koleksi bentou aka lunch box haikal ke youchien

Tiap2 pagi mesti sibuk nak siapkan bekal untk haikal. Ye lah kalau x siapkan bekal, haikal nak makan apa kat sekolah. Sekolah ada sediakan makanan, kena bayar extra dan semuanya x boleh dimakan. Lepas nih bila balik malaysia mesti rindu nak buat lunch box mcm nih. Agak2 kalau buat mcm ni nanti, haikal nak ke makan. Takut dia pulak yang malu2 kucing. Hehehe...

Cili merah

Alhamdulillah, hampir 4 bulan baru nampak hasilnya. Mesti banyak bersabar kalau nak menuai hasil. Dah ada sebiji cili besar ni yang boleh dituai dlam beberapa hari lagi. Yang lain2 tu rasanya dlam 1-2 minggu lagi kot. Kalau berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.

Gapi oh Gapi...

Akhirnya, ikan gapi dah beranak pinak. Setelah banyak yang sudah meninggal dunia, agak-agak dalam 10 ekor jugak la yang dah mati. Pada asalnya beli 2 pair (jantan & betina) kat Cainz. Tapi 3 ekor yang dah mati, hanya tinggal seekor yang jantan. Lepas berulang beli kat Cainz lagi dengan dekat kedai haiwan (entah apa namanya, tak tahu nihongo), berdekatan dengan simpang keluar dari Big Fuji. Kitorang panggil kedai anjing je sbb kebanyakan yang datang kat situ pemilik pemilik anjing. Tapi ada jual juga acc. utk ikan.


Beli akuarium kat Cainz, yang kecik je. Nak bela Gapi ni sbb utk beginner katanya ikan ni yang paling sesuai. Senang senang jugak, sampai dekat 10 ekor dah mati kat dlm akuarium nie Hehehe..
Belian yang terakhir sekali, beli 3 ekor betina je, yang sarat mengandung. Letak dalam akuarium, for the first time, jengok2 dalam aquarium, eh ada anak gapi la...bayk jugak tu, dalam 10 ekor. Tak boleh nak bilang tepat sebab gerak laju sangat. Kekadang tengok2 ikan dalam aquarium ni mengasyikkan. Seronok tengok diorang berenang2, main main dalam aquarium nie. Haikal dan hakim macam biasa la. Mula2 excited la, lepas tu buat tak tahu je..


Ikan betina sarat mengandung
Ikan jantan-colourful

anak gapi

Wednesday, September 21, 2011

Sakura Clinic Trip........

Hari ni bangun awal pukul 3.30am, belum subuh pun lagi. Rasa senak kat perut. Mula2 ingatkan sakit perut biasa nak buang air besar. Lepas buang, makin sakit pula, merebak sampai ke pundi kencing, mula rasa susah nak kencing, ore kato kecing dok lawah..Ya Allah, sakitnye...rasa pedih dan melilit kat perut!!

Minum air masak 2 gelas, ingatkan nak senangkan pengaliran air rupa2nya makin sakit pula pundi kencing. Tak boleh jadi ni, kalau x jumpa doc, mahu pecah nie. Terpaksa la tahan sebab klinik Sakura open pukul 8.30am. Bertolak pukul 8.00am. Sampai je, dah ada org menunggu.

Sementara menunngu, pikir2 nak ckp apa ye kat doc ni. Doc tahu ckp omputih sikit2 je. Nak bagi doc ni paham kena campur nihongo sikit ni. Google la kat dlm iphone pakai google translate. Nak translate word `kidney stone`. YATTAA!! translation nye 腎臓結石 (Jinzō kesseki)..entah betul entah tak. Belasah je la..

Sampai giliran, bagitahu la doc sakit batu karang nie. Mujur la doc tu paham bila tunjuk kanji ni, hehehe..Doc kata maybe, doc nak buat urine test dulu sebelum confirm. Alamak, camne nie, tadi aku nak kencing kat rumah pun x boleh, rasa x keluar pun. Tak pe la, cuba je la. Nasib baik, boleh kencing...

Tunggu urine test tak sampai 5 minit, doc panggil masuk balik. Hasil urine test, ada `microscopic bleeding` means that urine contain small amount of blood. Big possibility, ada batu karang. Sepaham aku (sbb doc tu ckp omputih basic slang jepang), kata doc., kalau sakit on off tu maknanya batu karang tu kecik lagi & dlm mode `bergerak`. Tu yang sakit sbb that stones will definitely scratch salur kencing/saluran kidney ke bladder. Kalau besar pula, tak sakit sbb tiada movement tetapi kidney akan tersumbat, menyebabkan bengkak dan seterusnya boleh pecah. Ni yang takut nie...

Doc bagi 2 jenis ubat. Satu ubat makan & satu lagi ubat masuk buntut. Katanya makan dulu ubat tu, kalau still rasa sakit selepas 5 ~ 6 jam, baru masuk ubat buntut utk legakan kesakitan. Kalau still sakit lagi, datang lagi ke klinik.
Ubat doc bg tu:
1. Oral : Ketoprofen
2. Supp : Lorfenamin (Lexoprofen)

Harap2 Ok la lps dpt rawatan nie. MasyaAllah sakitnye batu karang ni. 1st time kena.

typhoon ....

hari ni ada lagi satu typhoon merentas jepun.  ini dah 3 kali typhoon rentas jepun dalam masa 2 bulan. Hujan lebat serta angin yang sangat kuat. macam biasa pokok2 dalam pasu semua dah tumbang. nanti angin dah kurang baru pegi betulkan balik...sian betul pokok-pokok ini, asal typhoon datang je mesti semua terbaring je...hehehe ...kalau tgk gambar ni ada 21/03 UTC...itu maksudnya 21 hb jam 3 pagi...so boleh predictlah bila nak sampai kat area hamamatsu ni....


sejak dari semalam abah haikal n hakim mengadu sakit. pagi tadi pun mengadu sakit lagi. kesian pulak hubby sebab terpaksa drive keta walaupun tgh sakit. nak tolong bawakkan tak berani sebab tak ada lesen jepun. so hubby suruh tunggu je kat rumah, biar dia pergi sorang-sorang. harap tak ada apa2 lah, risau jugak sebab kitaorg ni tak mahir sangat nak ckp jepun.

Tuesday, September 20, 2011

Pokok kesum dan cili merah

 Pokok kesum yang dah mula merimbun. Terima kasih mak abah sebab poskan pokok kesum kat kakak. Parcel yang terbaru pun dah sampai hari ahad lepas. Banyak makanan untuk haikal n hakim. Thanks again.


 Ini pula pokok cili  merah yang disemai bulan mei, bulan 9 baru nampak hasilnya. tapi belum boleh nak menuai hasilnya sebab cili tak merah lagi. Banyak juga cili yang bergayut-gayut kat pokok tu tapi semuanya masih hijau. kalau perasan daun2 semua layu, sebabnya bila tengahri sebab terlalu panas. Nanti dah merah bolehlah petik dan buat sambal belacan.



boleh lah dpat dalam 10 pokok. ada yang masih kecil lagi. minggu depan ingat nak buat laksa utk jamuan raya, rasa-rasanya sempat ke pokok ni nak merimbun dgn jayanya. kalau x merimbun terpaksalah buat benda lain.

P/S: ADIK-ADIK SEKARANG DAH BOLEH SKYPE YE SEBAB DAH DPT NOTEBOOK BARU. KALAU NAK SKYPE DENGAN HAIKAL N HAKIM CALL JER DIAORANG.

Monday, September 19, 2011

Lake Hamana Garden Park

Nak buat apa ye cuti hari ni? Emmmm...kita gi Hamana Lake Garden Park la, haikal n hakim mesti suka main air nie, lagi pun masuk adalah percuma....
Dah tahu lama dah kat sini budak2 boleh main air pancut2 free tapi tiada kemahuan nak pergi, tapi kali ni , kita pergi la merasa....
Ingatkan tempat ni dekat dengan zoo Hamamatsu. So, ambil no telefon, set kat Navi sebagai guidance tapi nak ikut jalan biasa pergi zoo atau flower garden park. Tengok sekali imbas Navi ni macam route jalan lain je, lain terus dari jalan pergi zoo.?? emmm...ok la, HM kata ikut try cuba test route Navi ni la. Mana tahu kot2 jalan shortcut ke., ada pemandangan menarik ke tgh jalan or terserempak dgn benda baru ke dalam journey. Ikut punya ikut akhirnya sampai. Rupanya jauh menyimpang dari jalan ke zoo. Nasib baik tak ikut jalan biasa ke zoo, hehehe..mahu rugi duit minyak..

Sampai kat Hamana Lake, parkingnya besar dan banyak. Nasib baik dapat parking dekat dengan jalan masuk. Pungah barang dr van, jalan kaki, tempat di tuju ialah Water Square. Mujur sekejap je jalan kaki. Jam pukul 11.15am, orang dah ramai. Cari tempat teduh, letak barang.

Mula2nya, haikal n hakim tak mahu join main air. Biasala budak2 nie, mula2 malu, pas tu tak ingat dunia main..hehehe. Pas tu, ajak slow2 diorg main, baru nak main, Mcm biasa la, tak ingat dunia..hehehe. Adik hakim penakut sikit...












Akhirnya pukul 1.00pm, haikal tak mahu main dah..penat nak balik katanya.
Haikal kata `Abah, kenapa tangan haikal macam nak cabut ni?`
Hah? Nak cabut? oooo..rupa2nya jari haikal dah kecut2 ...


Pukul 1.30 pm, bertolak balik ke rumah.












Sunday, September 18, 2011

Conversion AX PFL to AS NFL Project....

Projek mengisi masa lapang, maklumlah CTG tiga tahun. Tak de kerja...So,upgrade En. Alphard bin Toyota la...hehehe. Alang2 duduk kat Nippon nie, senang nak cari barang, buat DIY sahaja. Kalau kat BolehLand, boleh buat juga DIY, cuma barang susah nak dapat. Ada tu mmg ada, tapi ongkosnye..

Minat betul dgn model AS NFL ni (New Facelift).Tapi price nye `out of budget` dengan condition kereta yg dikehendaki. Ye la, nak cari kereta 2ndhand ni, kalau boleh nak la condition yang near to `NEW`..wakakaka. Alhamdulillah dapat beli kereta yang low mileage (30k km),one owner, dan eksiden free + kereta mcm baru. Mujur la kedai kereta (Netz Yokohama Asahi) dah siap2 buat `glass coating` satu kereta. Nak tahu apa itu `glass coating`. Sila lah google ye..hehehe. Tak yah lagi susah2 nak basuh kereta + wax, lap2 dgn kain basah je, kotor la camne sekali pun..hahahaha..save budget basuh kereta, 1200yen jugak (RM50!!). OK la lagi pun coating ni shining + boleh tahan 3 thn. Tak caya??!! Silalah tuan puan google ye....

Kat Mesia ni, Alphard owner 1st gen (PFL) mostly nak upgrade their ride to NFL. Mana taknya?. tgk la diff between PFL dan NFL.. mmg NFL tersangat la cun. Minat sgt, lantak la nak ckp `ada effect ke tukar?`, `rasa lain ke kalau bawak`? WTH!!..ikut suka aku, duit aku + krete aku... Wakakakaaka!!







Pic ni Alphard AX-L PFL...tak brape cun kan? Tak sporty..kaler light green metallic which is considered as rare species..hahaha..susah nak jumpa kaler ni kat jalan..sbb tu regenye murah di bawah market price. Kalau popular color, pearl white,black or silver....harga lagi mahal.Tak kisah la kaler tu, janji kereta cantik..hihihi... Mula2 rasa syg nak convert sbb bumper + headlamp + front grille + taillamp , semuanya cantik, tak de kemek or calar..tapi tak boleh tahan la tgk model AS NFL ni...perghhhh!!! melelah air liur...tak kira jugak, nak jugak convert!!! Jom kita tgk model AS NFL ni..kih kihkih..apa bezanya??!!






Ni la AS NFL.. model 2005 ke atas.. hehehe Kan cun tue, perbezaan yang ketara dgn kereta ambo:

1. Headlamp , projector type.. ada macam inner lens
2. Tailamp , belang2 + kalau tgk malam, cun beb !!
3. Front bumper , sportier..+ shapenyer lagi nampak tajam ke depan, PFL membulat je!! wakaka
4. Fender mirror , ada `tanduk` kecik kat sebelah left fender, sportier + more safety, boleh nampak kat sebelah bawak kiri kereta (contohnya parking assist)
5. Front grille

So, start la googling, + usha2 brg yang nak di convert.. hasil usaha selama lebih kurang 10 bulan, berjaya kumpul barang utk conversion. Rupa2nya nak convert ni leceh jugak, differnt yang kita tak nampak dengan mata kasar pun byk!! Aduhai..... Front bumper bracket lain, connector headlamp lain, front liner kena tukar, rear mudguard kena cantas...tapi hasil usaha tidak mengenal penat lelah akhirnya, masalah ni setel..alhamdulillah..

Jeng! Jeng! akhirnya baru konfiden nak DIY. Bulan posa hari tu tak leh tahan dah..nak convert gak, walaupun panas + berpeluh2, En Alphard akhirnya masuk ke dewan pembedahan. `Surgery` berjalan tak berapa lancar sebenarnya..HAHAHA!! tarik2 bumper, patah la pulak corner sensor sebelah....aduhai...tapi no hal la, kat nippon ni boleh cari..kih kih kih..

Bila En Alphard kuar `operation theater`. ni la hasilnye...hehehehe...kaler kulit depan x tukar..wakakaka...body hijau, muka kaler pearl white..wakakaka..Lantak la...Mmg x de pun kaler hijau utk AS NFL. Kat bolehland nnt, kita buat surgery tukar kaler kulit pulak..kih kih


 







Setakat ni conversion done 80%...yg belum buat lagi
1. Side door panel (brg dah ada tapi org rumah x setuju pasang lagi sbb menambahkan lagi campur aduk kaler, side door panel tu unpainted-white coated,haha)
2. Fender mirror , kaler metal gun + left fender (kaler white pearl), nak pasang tapi Toyota clip belum beli lagi, tangguh la dulu..
3. Rear skirt bumper, sama kes dgn (1) tu, approval from HM belum dpt lagie..kih kih
4. Side mirror w/h signal winker, tgh usha2 kat tenet,
5. Door handle half plated garnish, juga tgh usha2
6. Muffler cutter
Ada rezki lebih, nak buat ICE improvement la, headrest monitor + replace HU.
Kuang Kuang Kuang!!!!!


Coretan mengarut dari Abah haikal+hakim..... Sept 2011

Fuji Q

Dah dekat sebulan asyik berkongsi PC haikal n hakim. Notebook hp abah tiba2 jer hardisk rosak, so tak dapat bukak la notebook tu. Notebook vaio mama pulak belum betulkan motherboard gara2 haikal tumpahkan air teh. Hari khamis lepas baru decide nak beli notebook lain yang murah2 jer untuk mama buat kerja. Susah tak ada notebook sendiri, kalau nak guna PC diorg kena mintak izin dulu..huhhu...

baru nak update cerita yang dah basi kat sini..dah dekat 2minggu kami ke FUJI Q. Saya bawa haikal n hakim  berhibur kat sana. Fuji Q terletak betul2 dkt dgn gunung fuji. Perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang 4 jam tanpa highway. Malas nak naik highway sebabnya mahal sangat. Selagi boleh berjimat kita berjimatlah kan.

Sampai jer kat FUJI Q, kami beli kid pass untuk haikal n hakim, abahnya pulak 1 day pass manakala mama cuma admission tiket. Banyak masa kami habiskan di Thomas Land, yang lain2 kurang sesuai untuk haikal n hakim.


Abah melayan anak2 naik attraction...

Mama yang semakin gemuukkkkk....

 Abah tak tau kena tekan butang hijau baru bleh naik tinggi..hihihi





peace dari adik hakim.....tak pernah betul


Abang haikal dgn peacenya setiap kali bergambar





ada macam3 roller coaster kat lkg tu..tapi abah cuma naik tondamina saja...yang lain2 dah tak berani naik....